Ahad, 24 Oktober 2010

TERKINI MENGENAI WAFA SPORA

Bismillahirrahmanirrahim, hampir 4 bulan saya tidak membuat apa-apa catatan tentang perkembangan yang berlaku di Wafa Spora.

Perubahan yang paling ketara, Wafa Spora dah ada web sendiri..Alhamdulillah dengan bantuan Zul Husain, terhasil lah web ini. Terima kasih tidak terhingga... Ini lah cara bisnes zaman cyber. Semoga dengan adanya web ini, pemasaran produk Wafa Spora akan lebih lancar.

Perkembangan ke-2, ketibaan mesin pembancuh bantuan dari Jabatan Pertanian dan juga sebuah bangsal berukuran 20' X 14' yang telah siap dibina. Kini, hampir 80% telah dipenuhi bongkah. Insyaallah dengan izin Allah, hasil akan dapat dituai pada pertengahan Disember.

Perkembangan ke-3, Wafa Spora telah mengorak langkah dalam penghasilan produk hiliran cendawan iaitu Popia Cendawan Frozen & telah mula dipasarkan di Sabasun Hypermarket pada 16 Oktober lalu. Ia dijual dengan harga RM 3.99. Jutaan terima kasih kepada pihak MARDI (Puan Che Rahani) yang sudi menunjuk ajar tentang cara untuk menjadikan makanan frozen tahan lebih lama. Bagi yang inginkan harga yang lebih murah @ kuantiti yang banyak, boleh lah berhubung terus dengan saya melalui telefon 014-8032832.

Kawan-kawan pengusaha cendawan yang ingin mendapatkan benih cendawan, saya juga turut menjualnya dengan harga RM 4.50 satu beg. Benih ini saya perolehi dari Johor & Alhamdulillah setakat saya menggunakannya ianya amat memuaskan hati. % beg yang rosak sebelum matang amat rendah iaitu kurang daripada 5%.





Setakat ini dulu untuk kali ini. Minggu ini sedikit sibuk kerana ada 2 kursus yang perlu dihadiri iaitu Kursus Penjenamaan anjuran MITI & INSKEN dan 1 lagi kursus anjuran Agro Bank. Hingga catatan seterusnya, Wassalam.