Ahad, 19 Jun 2011

GAMBAR-GAMBAR TERBARU







































PESERTA KURSUS PERSENDIRIAN CENDAWAN TIRAM KELABU




Pada 16/6/2011, Wafa Spora telah menerima seorang penuntut yang ingin mempelajari teknik-teknik penanaman Cendawan Tiram Kelabu & cara penjagaannya. Beliau ialah Puan Noraini dari Kg. Teluk Pasu. Beliau merupakan pelajar ke -2. Pelajar pertama ialah dari Husna Wajdi Ent.. Kursus berlangsung selama 1 hari. Topik yang diajar adalah dari penyediaan bmc sehinggalah kepada cara penjagaan bmc selepas tuaian serta penjagaan rumah cendawan & pengawalan penyakit.




Semoga ilmu yang mereka perolehi di Wafa Spora memberi manfaat & mereka sukses dalam perniagaan masing-masing.

Rabu, 15 Jun 2011

PENGEMBANGAN WAFA SPORA ENTERPRISE













Bismillahirrahmanirrahim,



Wafa Spora kini telah mempunyai papan tanda hasil sumbangan PPK Bukit Payong. Walaupun maklumat tertera tidak menepati kehendakku namun tetap bersyukur atas pemberian ini. Selain itu, Wafa Spora akan menggantung 'banner' di beberapa lokasi bagi memberitahu masyarakat ttg kewujudan Wafa Spora dalam daerah Marang. 1 lagi bangsal lebih besar dari yang sedia ada dalam pembinaan & hampir siap.


Ini akan membolehkan Wafa Spora mengeluarkan lebih banyak cendawan segar pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan pelanggan & menampung keperluan bagi penyediaan produk hiliran iaitu 'popia cendawan'.