Selasa, 29 Disember 2015

Bukan saje sedap tapi amat berkhasiat..

MURTABAK CENDAWAN...sedap, berkhasiat, mudah juga sesuai untuk vegetarian. Produk terkini cendawan di pasaran. 

Sangat mudah..nyah beku, goreng tanpa minyak 2 minit dan terus boleh dihidang. Sesuai untuk minum petang, berkelah @ bercuti


SESUAI DIHIDANG BERSAMA SOS CILI & MAYONIS
PEK FROZEN

Isnin, 2 November 2015

RESEPI CUCUR CENDAWAN


CUCUR CENDAWAN

Bahan-bahan :-

Tepung Gandum
Garam
Gula
Cendawan Segar
Cili merah
Daun bawang

Cara-cara :-

1. Bancuh garam + gula dengan air panas
2. Tambahkan tepung gandum
3. Masukkan cendawan yang diracik, cili merah
    dan daun bawang
4. Gaul sebati dan biarkan adunan selama 15-20 minit
5. Goreng dan hidang

p/s : Cucur cendawan tidak memerlukan serbuk penaik

Sabtu, 31 Oktober 2015

PERTANIAN BANDAR



Bismillahirrahmanirrahim..

Pertanian bandar..bagaimana mengaplikasikan cendawan dalam pertanian bandar? Kit Cendawan..itulah jawapan yang paling tepat. Kini sesiapa sahaja boleh menanam dan meihat cendawan membesar dalam rumah sendiri. 

Dalam masa 7 hari dari tarikh beg 'dilukakan', anda akan dapat menikmati cendawan segar dalam masakan anda..mudah kan??

Rabu, 30 September 2015

TIPS MENGHASILKAN CENDAWAN GORENG YANG SEMPURNA



ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Lama benar rasanya tak jenguk blog..maaf ye semua. 

Selalu orang bertanya dan bersungut kenapa cendawan yang digoreng sendiri di rumah tidak seRANGUP cendawan goreng kami. 

Hari ini saya nak kongsi Tips Bagaimana Nak Hasilkan Cendawan Goreng yang Sempurna sebagaimana yang saya janjikan dalam FB saya. 

Dah sedia??

Ok..beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum anda menggoreng cendawan @ apa sahaja makanan bergoreng iaitu :-


i) ALATAN MENGGORENG
   
   Alatan yang paling sesuai untuk menggoreng cendawan di rumah adalah periuk kaca @   
   apa sahaja alatan yang mengekalkan haba. Ini kerana suhu api dapur gas di rumah tidak 
   sama dengan suhu api dapur 'high pressure' yang banyak diguna oleh pengusaha2 
   makanan bergoreng. Selain itu, 'deep fryer' juga amat sesuai kerana kita boleh kawal 
   suhu minyak dalam 'deep fryer'.

ii) MINYAK

     Dulu, saya pun hairan kenapa ayam goreng KFC tidak sama dengan ayam yang digoreng 
    di rumah walaupun kita dah guna tepung goreng KFC.Kuantiti minyak juga memainkan 
    peranan penting.  Ini kerana kuantiti minyak yang banyak akan menjadikan makanan 
    bergoreng tenggelam dalam minyak dan masak dengan sempurna juga RANGUP.

    JANGAN KEDEKUT MINYAK !!

    Suhu minyak juga perlu diambil perhatian, pastikan minyak betul2 panas baru lah 
    dimasukkan cendawan @ makanan yang telah disalut tepung.

iii) CARA MENGGORENG

     Dalam penyediaan cendawan goreng WAFA, tepung kami tidak perlu dicampur air.          
     Cendawan sahaja yang perlu dicucur dengan air lalu, tos dan kemudian goncang 
     dengan Tepung Goreng Serbaguna dalam bekas bertutup. Ini penting supaya tepung 
     rata menyeliputi cendawan.

     Setelah dimasukkan ke dalam minyak yang telah betul2 panas, jangan balik-balikkan 
     cendawan. Tunggu hingga sebelah garing dan tepung telah betul2 melekap baru la 
     boleh dibalikkan.

     
**TIPS TAMBAHAN**

Tepung yang tidak perlu campuran air adalah yang terbaik untuk menggoreng cendawan dan menghasilkan cendawan yang RANGUP kerana kandungan air dalam cendawan yang telah sedia banyak akan bertambah banyak bila menyerap air dari 'batter'.

Tepung Goreng Serbaguna keluaran kami mengambil kira kemahiran ibu2 bekerja dalam menyediakan 'batter' untuk makanan bergoreng. Oleh itu, kami menawarkan tepung yang sangat mesra pengguna dan sangat mudah digunakan - HANYA TUANG & GONCANG.

Akhir kata, kami berharap tips yang diberi membantu anda menjadi Chef Kesayangan Keluarga.

Selamat Mencuba..

WAN NAIMAH
CEO Wafa Spora Enterprise




Ahad, 22 Mac 2015

UPDATE TENTANG KAMI

ALHAMDULILLAH..Percubaan benih baru Vigor 15 berjaya. Semoga ini memberi perkembangan positif buat kami yang bakal mengembangkan operasi sebelum Ramadhan tahun ini. InshaAllah..semoga dipermudahkan Allah

Sabtu, 28 Februari 2015

Jumaat, 10 Oktober 2014

FREEZY FRY MUSHROOM



Cendawan goreng yang disejuk beku. Sangat mudah untuk dinikmati. Nyahbeku, grg 10 saat dan hidang..nikmati cendawan goreng panas dirumah bersama keluarga

Khamis, 9 Oktober 2014

SOS CILI CENDAWAN

Bismillahirrahmanirrahim..lama sungguh tak update perkembangan tentang Wafa Spora. Post terakhir bulan April, bulan di mana bermula kesibukan menyiapkan Rancangan Perniagaan untuk pertandingan 'Rural Business Challenge'. Alhamdulillah segala usaha, penat lelah dan sokongan suami tidak sia-sia, Wafa Spora telah berjaya ke peringkat akhir pada 5 September baru-baru ini.
Sekarang, cuma tunggu keputusan sahaja, semoga Allah memberi sinar kejayaan buat kami..InshaAllah.

Terkini, Sos Cili Cendawan yang semakin diminati mendapat tempat istimewa dihati pegawai Yayasan Diraja Sultan Mizan. Sos Cili Cendawan serta Tepung Goreng Serbaguna keluaran Wafa Spora akan dijadikan produk dalam hamper YDSM..Alhamdulillah..segala kesyukuran hanya buatMu ya Allah...

Rabu, 9 April 2014

KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN


Alhamdulillah..pada 05.04.2014 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya satu kursus Asas Penanaman Cendawan secara teori dan praktikal. Kursus yang dihadiri oleh 10 orang peserta ini merupakan pencapaian baru buat Wafa Spora Enterprise.

Kami akan terus mengadakan kursus seperti ini dari masa ke semasa bagi melahirkan lebih ramai usahawan cendawan yang pasti akan memeriahkan lagi industri cendawan yang kini telah dinaik taraf sebagai tanaman komuditi Malaysia.

Tahniah buat semua....

Jumaat, 17 Januari 2014

'PETIK & MASAK'

STARTER KIT CENDAWAN

Alhamdulillah...Wafa Spora telah melangkah ke tahun ke 6 penubuhannya. Dari tahun 2008 kami berusaha memperkenalkan cendawan sebagai makanan berkhasiat kepada masyarakat.

Bertitik tolak dari situ, sesuai dengan masyarakat kini yang makin kekurangan masa untuk ke pasar kami sediakan 'Starter Kit Cendawan'. Kini anda boleh menikmati cendawan segar pada bila-bila masa.

'PETIK & MASAK'

'Starter Kit' ini mengandungi :-

1 rak PVC (boleh kitar semula)
15 beg media matang
15 penutup rehat

ada lagi...

Anda akan diberi cara-cara penjagaan beg media

ada lagi...BONUS UNTUK ANDA

3 RESEPI masakan enak menggunakan cendawan
Trial pek Sos Cili Cendawan & Tepung Goreng Serbaguna keluaran kami

Apa tunggu lagi....'PETIK & MASAK'

Hubungi kami di talian 016 222 6695 (call/sms/whatsapp/we chat) untuk set pertama anda.





Ahad, 29 Disember 2013

Sup Cendawan ala Barat

Bahan2nya :-

Cendawan Tiram Kelabu 150g
Air rebusan ayam 1 liter (1 paha ayam)
Marjerin 50g
Tepung gandum 50g
Batang cellery 60g (hiris nipis)
Lobak merah 60g (potong dadu)
Bawang besar Holland 1 labu
Kiub pati ayam 1 ketul
Minyak jagung 1 sudu besar
Garam dan lada sulah secukup rasa

Kaedah memasak :-

Bahagi 2 cendawan. 1 bahagian dikukus selama 2 minit kemudian dikisar.          Sebahagian lagi dipotong halus

Cairkan marjerin, masukkan tepung gandum dan kacau sampai kering, sejukkan. Campuran ini dinamakan 'roux'.

Paha ayam direbus, campurkan dengan 'roux' dan kacau rata

Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan lobak merah dan tumis sebentar

Masukkan batang cellery diikuti cendawan yg dipotong

Kacau stok ayam yg bercampur 'roux' dan masukkan ke dalam periuk. Kacau rata2.

Masukkan kisaran cendawan, kiub pati ayam, garam dan lada sulah

Kacau hingga mendidih dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA...

Jumaat, 29 November 2013

NA..NA..NA..GANU KITE


Alhamdulillah..atas permintaan ramai dan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan cendawan, kami akan menganjurkan satu kursus Asas Penanaman Cendawan sebelum tirai 2013 ditutup.

Kursus ini lebih menjurus kepada latihan praktikal di mana selepas kursus pendek ini peserta akan dapat menjalankan perusahaan cendawan di tempat masing-masing.

Kursus ini adalah yang paling murah di pasaran. Cepat rebut peluang sebelum harga dinaikkan!!


Jumaat, 1 November 2013

BERMULANYA NOVEMBER


ALHAMDULILLAH...bulan November disambut dengan kedatangan pelajar2 Universiti Malaysia Terengganu di bawah program Keusahawanan. Setakat ini, telah 5 batch Wafa Spora menerima pelajar di bawah program seperti ini.

Gembira bila ilmu yang ada dapat digunakan untuk memanfaatkan hidup orang lain.

'MORE YOU GIVE, MORE YOU GET BACK'..InsyaAllah. 

Isnin, 28 Oktober 2013

RAHSIA BUKAN LAGI RAHSIA



Resepi asli lagi istimewa Tepung Goreng Serbaguna kami. Sebab itu Tepung Goreng Serbaguna kami sangat lazat lagi melazatkan makanan bergoreng anda. Adunan kasih sayang ini bukan sahaja sesuai untuk menggoreng cendawan tetapi segala macam makanan laut dan apa jua yang anda rasakan sesuai untuk digoreng. Ianya sangat mudah digunakan dan patut berada di setiap rumah di Malaysia.

Jangan lupa kunjungi booth SAIDATI JAYA BERKAT di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kuantan pada 7 - 17hb November ini untuk mendapatkan produk istimewa ini. Terdapat juga Sos Cili Cendawan yang sangat berkhasiat menunggu untuk anda merasanya.. InsyaAllah ianya tidak akan mengecewakan anda..

Ahad, 6 Oktober 2013

PENANAMAN CENDAWAN SEBAGAI HOBI

Bismillahirrahmanirrahim...

Idea yang sangat menarik dari seorang rakan dari Besut, rak penanaman cendawan dari paip pvc. Sangat ringan dan boleh dialih2 mengikut keperluan @ keadaan persekitaran.

Didatangkan dalam 3 saiz iaitu S (15 bgkh), M (30 bgkh) dan L (90 bgkh).

Kepada yang berminat untuk berjinak2 dengan dunia cendawan, sangat sesuai memiliki kit permulaan penanaman cendawan ini.

Senarai harga :-
Saiz S (15 bgkh + rak pvc) = RM 60.00
Saiz M (30 bgkh + rak pvc)= RM120.00
Saiz L (90 bgkh + rak pvc) = RM250.00

(Harga tidak termasuk kos penghantaran)

Selasa, 17 September 2013

SATU DAERAH SATU INDUSTRI





Wow!! Lama blog ni sunyi...apa nak tulis ye..

Bismillahirrahmanirrahim..Pengumuman! Pengumuman! Pada 19 - 21 September ini jom kunjungi booth kami di Showcase Satu Daerah Satu Industri di Trg Trade Centre, K. Trg.
Apa yang menarik? Anda pasti dihidangkan dengan Cendawan Goreng Wafa dan pelbagai jenis makanan yang sesuai di'pasangkan' dengan Tepung Goreng Serbaguna Wafa Spora' yang sgttt enak yang dicicah bersama Sos Cili Cendawan yang berkhasiat. Ada lagi...kali ini akan ada hadiah misteri bagi pembelian RM30 ke atas dan juga pelanggan ke 100, 150 dan 200.

Jumaat, 14 Jun 2013

Kebangkitan Semula

BEG MEDIA BERUSIA 4 HARI

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengeluarkan kami dari kemelut masalah bongkah rosak. Setelah banyak kerugian yang kami alami gara2 benih yang tidak bermutu, akhirnya dengan kasih sayang Allah dan pemikiran yang sentiasa positif kami dipertemukan dengan hambaNya yang sudi membantu membekalkan benih yang baik untuk kami bangkit semula meneruskan perjuangan sebagai usahawan cendawan. Terima kasih juga kepada kawan2 dalam bidang yang sama yang tidak putus2 memberi sokongan dan dorongan..


Jumaat, 7 Jun 2013

Kursus ke arah peningkatan ilmu

PENYAMPAIAN SIJIL OLEH TIMBALAN PENGARAH IAT - PUAN FARIDAH AINI
Selesai sudah Kursus Pelbagai Sos yang berlangsung di Pusat Pembangunan Produk IAT Jbtn Pertanian di Serdang, Selangor pada 4 - 6 Jun 2013. Banyak ilmu berkenaan pembuatan sos dan Akta Makanan yang dapat dipelajari dari tenaga pengajar yang sangat berkaliber iaitu Puan Norliza.
Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam memajukan syarikat..insyaAllah. Jutaan terima kasih juga kepada encik Arif (pembekal benih dari Bangi) dan encik Mirza (pembekal benih dari Kuala Selangor) yang sudi menjenguk dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam perusahaan cendawan. InsyaAllah ianya akan lebih memberi keyakinan dan kekuatan kepada Wafa Spora untuk terus membangunkan industri cendawan.