Selasa, 11 Mei 2010






















Assalamualaikum,

Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. Perancangan untuk mula membuat bongkah sendiri yang dijangka pada pertengahan April terpaksa ditunda kerana ketiadaan bahan2 dan pemergianku ke Universiti Malaya untuk menyertai AGM MMRA pada 24/4/2010. Banyak pengetahuan yang dapat ditimba dari otai2 cendawan yang menyertai AGM tersebut. Kesempatan yang ada tidak disia-siakan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan cendawan terutama dari kak Zainon & kak Sinona dari GPR Resources, Shila (FAF) dan yang lain2nya. Terima kasih yang tidak terhingga...

Dan akhirnya...pada tanggal 30/4/2010, impian untuk membuat bongkah sendiri telah terlaksana. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan memberi galakan kepadaku untuk terus berusaha dan tidak lagi menoleh ke belakang, terutama suamiku yang sanggup menolak tawaran OT demi menjayakan misi membuat bongkah. Sehingga catatan ini dibuat, sebanyak 1,053 bongkah telah disuntik benih manakala 580 lagi dalam proses penyejukan. Alhamdulillah...
Satu perkara lagi yang amat mengujakan ialah pada tanggal 05/05/2010, Tn Haji Amran iaitu orang no. 1 di Jbtn Pertanian Daerah Marang bersama 2 orang pegawai beliau telah sudi singgah dan meninjau ke tempatku. Alhamdulillah...ini merupakan petanda yang baik di mana pihak Jabatan telah merestui usahaku selama 2 tahun ini.

Ahad, 11 April 2010

PERKEMBANGAN TERKINI


Bismillahirrahmanirrahim...akhirnya impian untuk membina tempat memproses bongkah yang sempurna beserta 'steamer' tercapai. 31/3/2010 tarikh di mana bangsal memproses telah siap sepenuhnya dan 'steamer' telah ditempatkan ditempatnya. Insyaallah pertengahan bulan April ini, Wafaspora akan mengeluarkan bongkah sendiri. Untuk kegunaan sendiri dan insyaallah akan mengorak langkah dalam penjualan bongkah.

Ahad, 21 Mac 2010

MEMPELBAGAI PERNIAGAAN


Bismillahirrahmanirrahim,
2 minggu lepas semasa membaca suratkhabar Kosmo, saya terbaca satu produk baru yang memerlukan pengedar. Menyedari kebaikan dan khasiat yang terdapat dalam kedua-dua jenis buah ini seperti mengurangkan risiko strok dan dapat meningkatkan kadar metabolisme, saya terpanggil untuk menjadi pengedar. Apa salahnya kalau tidak menjual pun buat makan sendiri. Ternyata ia sangat sedap dan boleh diminum bila-bila masa. Ianya dalam bentuk bes pekat yang dipek kecil-kecil (seperti minuman power root) bagi mengekalkan keaslian rasa kedua-dua buah ini. Kalau ada yang berminat, boleh lah telefon saya di talian 014-8032832 @ emel wafaspora@hotmail.com untuk mendapatkannya. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan maklumat dalam www.thetube2u.com.
Perkembangan cendawan pula, hujan yang kerap turun dalam 2 - 3 hari ini memperbanyakkan pengeluaran hasil. Bangsal proses pula masih belum siap, target untuk mula buat bongkah sendiri terbantut lagi..sabar je lah. Ni semua dugaan. Terima kasih kepada pn Normah Ibrahim dan semua kakitangan Kompleks Pertanian Ajil yang telah mengumpulkan semua pengusaha-pengusaha cendawan seluruh Trg pada 2 Mac lalu. Banyak info-info berguna yang dapat dikongsi dari ceramah pn Normah dan rakan-rakan pengusaha. Semoga usaha ini akan berterusan bagi penambahbaikan industri cendawan di Trg, Insyaallah

Sabtu, 27 Februari 2010

CABARAN MUSIM PANAS

Bongkah-bongkah yang dibeli dari Cendawan Timur pada 19/1/2010 tempohari telah mula mengeluarkan hasil tetapi kurang memuaskan disebabkan oleh faktor cuaca. Cendawan yang baru keluar menjadi kering sebelum sempat membesar. Hasil yang sepatutnya dapat dikutip dalam 5 - 7 kg sehari hanya dapat 2 - 3 kg sahaja. Bukan di tempatku sahaja mengalami masalah ini tetapi masalah yang sama menimpa pengusaha di Pahang dan mungkin di seluruh Semenanjung Malaysia.

Satu pendekatan terpaksa di ambil iaitu dengan menempatkan 2 unit 'water sprinkle' dalam bangsal untuk menurunkan suhu dalam bangsal yang mencecah 32 - 33C.

Bangsal pemprosesan masih tidak siap dan cita-cita untuk mula membuat bongkah sendiri pada awal Mac nampaknya tidak kesampaian dan bongkah-bongkah perlu dibeli lagi untuk menampung pengeluaran. Tempahan telah dibuat dengan Cendawan Timur sebanyak 2,000 bongkah untuk hasil hujung Mac.

Rabu, 27 Januari 2010

CATATAN TERKINI

Assalamualaikum,

Dah lama betul tidak menulis. Kebelakangan ini terlalu sibuk dengan projek rumah baru yang kini telah siap hampir 80%. Perkembangan projek cendawan pula, bangsal untuk menempatkan 'steamer' dan tempat bancuh habuk telah siap lebih kurang 60%. Progress sangat perlahan oleh sebab tukangnya adalah orang yang sama dengan tukang rumah. Nampaknya lambatlah lagi dapat buat bongkah sendiri. Pada 19/1/2010, bongkah yang ditempah dari Cendawan Timur telah sampai sebanyak 2,000 bongkah. Harap-harap hasilnya elok. Bimbang juga, maklumlah tak pernah beli bongkah jauh. Selama ini beli dari Desa Spora je. Tapi sekarang perlu cari altenatif lain sebab Desa Spora dah banyak tempahan lain lagipun, pengusaha2 lain di Terengganu semua jual bongkah dengan harga RM 1.40. Rasa mahal pulak... Setakat ini dulu catatan untuk kali ini, Insyaallah bila ada perkembangan baru saya akan menulis lagi. Wassalam

Selasa, 13 Oktober 2009

CERITA LEPAS RAYA

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah dengan izin Allah, bangsal A telah berjaya dipindahkan pada 02/10 yang lalu dengan bantuan orang-orang kampung dan telah siap dibaik pulih pada 07/10.
Semalam, sebanyak 2,000 beg media baru bersama 'steamer' yang dibeli dari Desa Spora telah selamat tiba dengan lori Jab. Pertanian telah selamat sampai. Semoga beg media baru ini tidak mendatangkan banyak masalah sebagaimana yang 1,000 baru-baru ini yang diserang teruk oleh 'lady bird' hingga menyebabkan lebih 30 beg di buang dan hasil yang keluar 'dihuni' oleh ulat dan tidak dapat dipasarkan.
Insyaallah Wafaspora akan kembali membuat beg media sendiri awal tahun hadapan. Seorang pekerja lelaki akan diambil bagi melaksanakan kerja-kerja membancuh. Satu lagi bangsal utk menempatkan 'steamer', bilik suntik dan tempat membancuh habuk kayu akan dibina selepas kerja-kerja mendirikan rumah baru selesai.
Lawatan ke Kedah yang dianjurkan oleh Jab. Pertanian tidak dapat disertai kerana anakku yang berusia 1 1/2 tahun masih menyusu badan dan tempatku diganti oleh suamiku. Semoga dia pulang membawa info2 berguna untuk kami memajukan lagi perniagaan kami. Wassalam.

Rabu, 26 Ogos 2009

PERKEMBANGAN TERBARU

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama tak update blog, sibuk katakan. Alhamdulillah pada 19hb Ogos lalu sebanyak 1,000 lagi beg media telah dibeli dari Desa Spora (Lutfi) menjadikan jumlah kesemua bongkah ialah 4,000. Ini untuk menggantikan beg media yang dibeli pada bulan Mac yang semakin banyak rosak.

Bila membaca tentang kejayaan pengusaha-pengusaha cendawan lain seperti Chini-Agro, Permai Desa, Genting Permai Resources dan Cendawan Timur, semangat berkobar2 untuk terus maju dan membesarkan lagi perusahaan cendawanku. Tapi masalahku ialah modal, harap2 pihak Tekun dapat memproses cepat permohonanku.

Banyak tunjuk ajar yang diperolehi bila dapat berhubung dengan pengusaha-pengusaha cendawan yang telah lama terjun di bidang ini. Alhamdulillah mereka semua tidak lokek ilmu dan bersedia memberi tunjuk ajar kepadaku. Semoga ini akan berterusan, Amin....