Memandangkan pasaran Cendawan Tiram Kelabu amat menggalakkan di Trg & masih luas untuk diteroka, Wafaspora mengambil keputusan untuk menaiktaraf 'bangsal peram' yang hanya berukuran 10' X 10' ke saiz yang lebih besar iaitu 20' X 30' yang boleh memuatkan 9,000 bongkah. Ini akan membolehkan pengeluaran yang berterusan dan konsisten. Selepas ini, dengan kapasiti 18,000 dalam 4 rumah cendawan target pengeluaran 30 kg sehari akan dapat dicapai. Insyaallah...semoga ianya akan berjalan lancar
Ahad, 13 Februari 2011
Isnin, 31 Januari 2011
Hala Tuju Industri Cendawan Di Malaysia
Hala Tuju Industri Cendawan dipetik daripada Buletin Peladang. Muatturun Buletin Peladang (fail .PDF)
Hala Tuju Industri Cendawan Di Malaysia
Faedah pusat pembangunan cendawan
- Meningkatkan bilangan usahawan yang terlibat dalam industri cendawan
- Menambahkan pendapatan usahawan cendawan yang terlibat dengan pengunaan teknologi yang dikenalpasti mampu meningkatkan kualiti cendawan
- Meningkatkan pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan eksport cendawan serta mengurangkan kadar import cendawan
- Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang berdekatan kawasan projek cendawan
- Mengalakan pembangunan industri hiliran dan industri yang berkaitan dengan indusrti cendawan seperti industri-industri pengeluaran makanan, farmaseutikal, pelancongan pertanian, pengangkutan dan pembungkusan.
- Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani meletakkan cendawan di bawah kategori tanaman industri supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh diberikan kepada usahawan tani /syarikat yang terlibat
- Sebagai sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian, industri cendawan lebih berdaya saing dan produktif amat diperluaskan supaya Negara boleh beranjak daripada kedudukan semasa menjadi pengeksport dan kurang mengimport
- Penyelidikan dan pembangunan juga diberikan lebih tumpuan oleh Kerajaan dan agensi demi untuk memperhebatkan lagi industri cendawan di Malaysia.
Selasa, 18 Januari 2011
PAPAN TANDA (BANNER) SYARIKAT
Assalamualaikum,
Setelah sekian lama, akhirnya pada awal Januari 2011 dan setelah pengeluaran dapat mencapai 15 - 20 kg sehari, Wafaspora telah berani menggantung banner syarikat di hadapan rumah bagi tujuan promosi kepada kenderaan yang lalu lalang di jalan K. Trg - K. Brg.
Semoga ianya akan memajukan lagi perniagaan ini.
Rabu, 8 Disember 2010
PROMOSI OH PROMOSI....
Ahad, 24 Oktober 2010
TERKINI MENGENAI WAFA SPORA
Bismillahirrahmanirrahim, hampir 4 bulan saya tidak membuat apa-apa catatan tentang perkembangan yang berlaku di Wafa Spora.
Perubahan yang paling ketara, Wafa Spora dah ada web sendiri..Alhamdulillah dengan bantuan Zul Husain, terhasil lah web ini. Terima kasih tidak terhingga... Ini lah cara bisnes zaman cyber. Semoga dengan adanya web ini, pemasaran produk Wafa Spora akan lebih lancar.
Perkembangan ke-2, ketibaan mesin pembancuh bantuan dari Jabatan Pertanian dan juga sebuah bangsal berukuran 20' X 14' yang telah siap dibina. Kini, hampir 80% telah dipenuhi bongkah. Insyaallah dengan izin Allah, hasil akan dapat dituai pada pertengahan Disember.
Perkembangan ke-3, Wafa Spora telah mengorak langkah dalam penghasilan produk hiliran cendawan iaitu Popia Cendawan Frozen & telah mula dipasarkan di Sabasun Hypermarket pada 16 Oktober lalu. Ia dijual dengan harga RM 3.99. Jutaan terima kasih kepada pihak MARDI (Puan Che Rahani) yang sudi menunjuk ajar tentang cara untuk menjadikan makanan frozen tahan lebih lama. Bagi yang inginkan harga yang lebih murah @ kuantiti yang banyak, boleh lah berhubung terus dengan saya melalui telefon 014-8032832.
Kawan-kawan pengusaha cendawan yang ingin mendapatkan benih cendawan, saya juga turut menjualnya dengan harga RM 4.50 satu beg. Benih ini saya perolehi dari Johor & Alhamdulillah setakat saya menggunakannya ianya amat memuaskan hati. % beg yang rosak sebelum matang amat rendah iaitu kurang daripada 5%.

Isnin, 26 Julai 2010
PRODUK BARU WAFA SPORA
Bismillahirrahmanirrahim....rentetan daripada pengeluaran cendawan yang banyak pada 18hb, Wafa Spora melangkah ke satu era baru iaitu penghasilan produk baru yang telah lama diidamkan yang diberi nama 'Cendawan Tempura'. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu. Ianya merupakan cendawan yang telah disadur dengan tepung Tempura dan dibekukan. Ia hanya perlu dibiarkan seketika pada suhu bilik untuk mencairkan ais, digoreng dan boleh terus dihidangkan. LAZAT & CEPAT, tidak perlu beratur panjang untuk membeli cendawan goreng di gerai goreng pisang...
Wafa Spora telah mula mempromosikan produk ini di kawasan sekitar pekan Wakaf Tapai dan 'feed back' yang diperolehi amat memberangsangkan. Dengan izin Allah semoga produk ini akan terus diterima oleh masyarakat...insyaallah. Usaha mempromosikan produk ini akan dilipatgandakan ke seluruh daerah Marang dan Kuala Terengganu bagi memperkenalkan produk ini kepada semua.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Sinona yang banyak memberi inspirasi kepada saya sehingga terhasilnya produk ini...
Langgan:
Catatan (Atom)