Rabu, 9 Mac 2011

TETAMU TAK DIUNDANG














Assalamualaikum semua,

'Tetamu tak diundang' itulah ungkapan yang paling sesuai untuk tetamu2 yang datang untuk merosakkan beg media yang dalam proses pemeraman ini. Setakat catatan ini, telah lebih dari 100 beg media rosak. Ini amat menyedihkan, namun mungkin ini cara Allah menguji kesabaranku. Mungkin juga Allah ingin mengurangkan dosa-dosaku @ mungkin balasan Allah ke atas dosa-dosaku yang lalu. Namun ianya tidak akan sekali-kali mematahkan semangatku untuk berjaya dan meneruskan perniagaan yang telah berjalan hampir 3 tahun ini...






Semoga dengan ujian ini akan lebih mematangkan diri ini dalam mengharungi suka duka bergelar 'Usahawan'. Bukan senang nak senang....



Ahad, 13 Februari 2011






Bismillahirrahmanirrahim,
Memandangkan pasaran Cendawan Tiram Kelabu amat menggalakkan di Trg & masih luas untuk diteroka, Wafaspora mengambil keputusan untuk menaiktaraf 'bangsal peram' yang hanya berukuran 10' X 10' ke saiz yang lebih besar iaitu 20' X 30' yang boleh memuatkan 9,000 bongkah. Ini akan membolehkan pengeluaran yang berterusan dan konsisten. Selepas ini, dengan kapasiti 18,000 dalam 4 rumah cendawan target pengeluaran 30 kg sehari akan dapat dicapai. Insyaallah...semoga ianya akan berjalan lancar

Isnin, 31 Januari 2011

Hala Tuju Industri Cendawan Di Malaysia

Hala Tuju Industri Cendawan dipetik daripada Buletin Peladang. Muatturun Buletin Peladang (fail .PDF)

Hala Tuju Industri Cendawan Di Malaysia
Faedah pusat pembangunan cendawan
  • Meningkatkan bilangan usahawan yang terlibat dalam industri cendawan
  • Menambahkan pendapatan usahawan cendawan yang terlibat dengan pengunaan teknologi yang dikenalpasti mampu meningkatkan kualiti cendawan
  • Meningkatkan pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan eksport cendawan serta mengurangkan kadar import cendawan
  • Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang berdekatan kawasan projek cendawan
  • Mengalakan pembangunan industri hiliran dan industri yang berkaitan dengan indusrti cendawan seperti industri-industri pengeluaran makanan, farmaseutikal, pelancongan pertanian, pengangkutan dan pembungkusan.
  • Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani meletakkan cendawan di bawah kategori tanaman industri supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh diberikan kepada usahawan tani /syarikat yang terlibat
  • Sebagai sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian, industri cendawan lebih berdaya saing dan produktif amat diperluaskan supaya Negara boleh beranjak daripada kedudukan semasa menjadi pengeksport dan kurang mengimport
  • Penyelidikan dan pembangunan juga diberikan lebih tumpuan oleh Kerajaan dan agensi demi untuk memperhebatkan lagi industri cendawan di Malaysia.

Selasa, 18 Januari 2011

Cendawan bentuk pelik...kayanya Allah




Salam kepada semua pembaca blog,




Pernah anda lihat cendawan berbentuk seperti ini? Ini lah yang saya temui di 'farm' saya..

PAPAN TANDA (BANNER) SYARIKAT


Assalamualaikum,


Setelah sekian lama, akhirnya pada awal Januari 2011 dan setelah pengeluaran dapat mencapai 15 - 20 kg sehari, Wafaspora telah berani menggantung banner syarikat di hadapan rumah bagi tujuan promosi kepada kenderaan yang lalu lalang di jalan K. Trg - K. Brg.


Semoga ianya akan memajukan lagi perniagaan ini.

Rabu, 8 Disember 2010

PROMOSI OH PROMOSI....

Bismillahirrahmanirrahim...bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya yang membuka jalan untuk Wafa Spora Ent. menjalankan promosi iaitu yang pertama di mini MAHA di Kuala Trg bersama rakan seperjuangan Barakah Farm dan yang kedua bersama pelajar2 UMT di karnival 'Young Preneurs' di TTC, Kuala Trg. Semoga dengan cara ini produk Wafa Spora dan nama Wafa Spora terus melekat dan diterima di hati masyarakat.















Ahad, 24 Oktober 2010

TERKINI MENGENAI WAFA SPORA

Bismillahirrahmanirrahim, hampir 4 bulan saya tidak membuat apa-apa catatan tentang perkembangan yang berlaku di Wafa Spora.

Perubahan yang paling ketara, Wafa Spora dah ada web sendiri..Alhamdulillah dengan bantuan Zul Husain, terhasil lah web ini. Terima kasih tidak terhingga... Ini lah cara bisnes zaman cyber. Semoga dengan adanya web ini, pemasaran produk Wafa Spora akan lebih lancar.

Perkembangan ke-2, ketibaan mesin pembancuh bantuan dari Jabatan Pertanian dan juga sebuah bangsal berukuran 20' X 14' yang telah siap dibina. Kini, hampir 80% telah dipenuhi bongkah. Insyaallah dengan izin Allah, hasil akan dapat dituai pada pertengahan Disember.

Perkembangan ke-3, Wafa Spora telah mengorak langkah dalam penghasilan produk hiliran cendawan iaitu Popia Cendawan Frozen & telah mula dipasarkan di Sabasun Hypermarket pada 16 Oktober lalu. Ia dijual dengan harga RM 3.99. Jutaan terima kasih kepada pihak MARDI (Puan Che Rahani) yang sudi menunjuk ajar tentang cara untuk menjadikan makanan frozen tahan lebih lama. Bagi yang inginkan harga yang lebih murah @ kuantiti yang banyak, boleh lah berhubung terus dengan saya melalui telefon 014-8032832.

Kawan-kawan pengusaha cendawan yang ingin mendapatkan benih cendawan, saya juga turut menjualnya dengan harga RM 4.50 satu beg. Benih ini saya perolehi dari Johor & Alhamdulillah setakat saya menggunakannya ianya amat memuaskan hati. % beg yang rosak sebelum matang amat rendah iaitu kurang daripada 5%.





Setakat ini dulu untuk kali ini. Minggu ini sedikit sibuk kerana ada 2 kursus yang perlu dihadiri iaitu Kursus Penjenamaan anjuran MITI & INSKEN dan 1 lagi kursus anjuran Agro Bank. Hingga catatan seterusnya, Wassalam.