Rabu, 16 November 2011

LAWATAN PPK KUALA KANGSAR













Alhamdulillah walaupun hujan lebat, program lawatan dari PPK Kuala Kangsar tetap berjalan lancar. Ini merupakan lawatan kali ketiga dari pihak PPK. Taklimat terpaksa dibuat dalam bas memandangkan hujan yang tidak berhenti-henti. Semoga ini akan terus menjadi titik tolak kejayaan yang lebih cemerlang Wafa Spora.

Isnin, 17 Oktober 2011



Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada tanggal 17 Oktober 2011, kisah ku telah dipaparkan di akhbar. Walaupun hanya dalam akhbar Di Trg sahaja, ini telah cukup membakar semangatku untuk terus berjaya dalam bidang penanaman cendawan tiram kelabu.


Semoga kisah ku ini juga akan memberi motivasi kepada mereka yang masih teragak2 untuk menceburi bidang penanaman cendawan. 9 per 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Khamis, 29 September 2011

TERKINI DI WAFA SPORA




Alhamdulillah..dengan izin Allah telah membawa sekumpulan pegawai2 Pertubuhan Peladang seramai 46 orang ke tapak projek Cendawan Wafa Spora. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengurus & pegwai2 PPK Bukit Payong yang memberi kepercayaan kepada Wafa Spora untuk menerima kehadiran pegawai2 dari seluruh pelusuk Malaysia. Semoga ini akan membuka lembaran baru kepada Wafa Spora & industri cendawan amnya

Rabu, 20 Julai 2011

'FARM' DILANDA KULAT JAHAT





Bismillahirrahmanirrahim...bulan 7, makin hampir usia perniagaan Wafa Spora ke angka 3. 'Farm' dilanda pelbagai masalah yang Allah turunkan bagi lebih mematangkan aku seiring dengan umur perniagaanku. Terima kasih ya Allah, Kau turunkan ujian kepadaku beserta kesabaran & kecekalan. Aku dapat menerima cubaan ini dengan begitu tenang.

Ahad, 19 Jun 2011

GAMBAR-GAMBAR TERBARU







































PESERTA KURSUS PERSENDIRIAN CENDAWAN TIRAM KELABU




Pada 16/6/2011, Wafa Spora telah menerima seorang penuntut yang ingin mempelajari teknik-teknik penanaman Cendawan Tiram Kelabu & cara penjagaannya. Beliau ialah Puan Noraini dari Kg. Teluk Pasu. Beliau merupakan pelajar ke -2. Pelajar pertama ialah dari Husna Wajdi Ent.. Kursus berlangsung selama 1 hari. Topik yang diajar adalah dari penyediaan bmc sehinggalah kepada cara penjagaan bmc selepas tuaian serta penjagaan rumah cendawan & pengawalan penyakit.




Semoga ilmu yang mereka perolehi di Wafa Spora memberi manfaat & mereka sukses dalam perniagaan masing-masing.

Rabu, 15 Jun 2011

PENGEMBANGAN WAFA SPORA ENTERPRISE













Bismillahirrahmanirrahim,



Wafa Spora kini telah mempunyai papan tanda hasil sumbangan PPK Bukit Payong. Walaupun maklumat tertera tidak menepati kehendakku namun tetap bersyukur atas pemberian ini. Selain itu, Wafa Spora akan menggantung 'banner' di beberapa lokasi bagi memberitahu masyarakat ttg kewujudan Wafa Spora dalam daerah Marang. 1 lagi bangsal lebih besar dari yang sedia ada dalam pembinaan & hampir siap.


Ini akan membolehkan Wafa Spora mengeluarkan lebih banyak cendawan segar pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan pelanggan & menampung keperluan bagi penyediaan produk hiliran iaitu 'popia cendawan'.