Rabu, 12 September 2012

Promosi Cendawan Segar & Sos Cili Cendawan

CREW TEGANU KITA DI WAFA SPORA

Alhamdulillah..telah selesai penggambaran rancangan Teganu Kita di tapak projek Wafa Spora. Slot yang memaparkan perkembangan usahawan cendawan di Terengganu ini akan disiarkan pada 25.10.2012 sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Peluang ini sangat2 berharga bagi mempromosikan Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') yang memerlukan pengedar di seluruh negara.

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar bolehlah menghubungi kami di talian 016 222 6695 @ 019 915 1147.

Sabtu, 26 Mei 2012

Kembar Sos Cili Cendawan


TEPUNG TEMPURA SERBAGUNA WAFA SPORA


Tepung Tempura ('Ezy') merupakan tepung gorengan serbaguna yang sangat mesra pengguna. Walaupun pada peringkat awal penghasilannya adalah untuk hanya menggoreng cendawan, namun terbukti ianya sesuai digunakan untuk menggoreng pelbagai jenis makanan seperti udang, sotong, ikan, tempe dan ubi kentang (wedges).

Cara penggunaannya sangat mudah tanpa perlu campuran air. Sekali cuba pasti terpesona dengan keenakkannya. 


Rabu, 15 Februari 2012

PRODUK BARU KELUARAN MUSLIM



Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah hari ini 15/2/2012, terhasil lh satu lagi produk berasaskan cendawan keluaran Wafa Spora Enterprise iaitu Sos Cili Cendawan. Produk ini dihasilkan bagi memberikan masyarakat pemakanan yang berkhasiat & berkat untuk pemakanan seisi keluarga. Ia dihasilkan tanpa MSG & dijamin halalan toyyiban.

Rabu, 16 November 2011

LAWATAN PPK KUALA KANGSAR













Alhamdulillah walaupun hujan lebat, program lawatan dari PPK Kuala Kangsar tetap berjalan lancar. Ini merupakan lawatan kali ketiga dari pihak PPK. Taklimat terpaksa dibuat dalam bas memandangkan hujan yang tidak berhenti-henti. Semoga ini akan terus menjadi titik tolak kejayaan yang lebih cemerlang Wafa Spora.

Isnin, 17 Oktober 2011



Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada tanggal 17 Oktober 2011, kisah ku telah dipaparkan di akhbar. Walaupun hanya dalam akhbar Di Trg sahaja, ini telah cukup membakar semangatku untuk terus berjaya dalam bidang penanaman cendawan tiram kelabu.


Semoga kisah ku ini juga akan memberi motivasi kepada mereka yang masih teragak2 untuk menceburi bidang penanaman cendawan. 9 per 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Khamis, 29 September 2011

TERKINI DI WAFA SPORA




Alhamdulillah..dengan izin Allah telah membawa sekumpulan pegawai2 Pertubuhan Peladang seramai 46 orang ke tapak projek Cendawan Wafa Spora. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengurus & pegwai2 PPK Bukit Payong yang memberi kepercayaan kepada Wafa Spora untuk menerima kehadiran pegawai2 dari seluruh pelusuk Malaysia. Semoga ini akan membuka lembaran baru kepada Wafa Spora & industri cendawan amnya

Rabu, 20 Julai 2011

'FARM' DILANDA KULAT JAHAT





Bismillahirrahmanirrahim...bulan 7, makin hampir usia perniagaan Wafa Spora ke angka 3. 'Farm' dilanda pelbagai masalah yang Allah turunkan bagi lebih mematangkan aku seiring dengan umur perniagaanku. Terima kasih ya Allah, Kau turunkan ujian kepadaku beserta kesabaran & kecekalan. Aku dapat menerima cubaan ini dengan begitu tenang.