Selasa, 30 Oktober 2012

Sos Cili Cendawan - Satu Inovasi Baru

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang sentiasa mengurniakan limpah rahmatNya. Produk terbaru kami iaitu Sos Cili Cendawan telah mula memasuki pasaran dengan wajah baru yang begitu menarik. kami menyediakan dua jenis packaging iaitu botol 340 ml dan pitcher 2 kg. Dapatkan sos kami untuk menikmati kebaikan Cendawan Tiram Kelabu yang terkandung di dalamnya. Ianya telah berada di Sabasun Hyperruncit Kuala Terengganu dan Gong Badak dan semua rangkaian Kedai Runcit Permata Trading. Kami juga telah mempunyai wakil pengedar di Kuantan (Hjh Raidah : 019 914 4102) dan di Kemaman (Puan Lina : 013 951 1436 & Puan Osmawati : 010 911 6086).

SOS CILI CENDAWAN WAFA SPORA



Wafa Spora juga telah mempunyai 'page' di facebook. Sila lawati dan 'like'  www.facebook.com/wafaspora untuk info2 terkini kami.

Ahad, 30 September 2012

Lawatan Lagi....

 

 

 Lawatan dari bakal2 pesara Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa. Bagaikan mimpi lepas dapat panggilan dari pegawai LPP Kuala Terengganu. Walaupun lawatan mengejut, ternyata mereka semua teruja melihat seorang yang hanya berkelulusan SPM mampu memberi pendedahan tentang perusahaan cendawan dan produk hiliran seperti Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') sebagaimana yang mereka kehendaki. InsyaAllah dengan izin Allah, mungkin ada diantara yang akan melaksanakan perusahaan cendawan selepas persaraan. Semoga berjaya..

Sabtu, 29 September 2012

Lawatan Sambil Belajar


 

Lawatan dari para pelajar Fakulti Perakaunan Politeknik Hulu Terengganu pada 25.9.2012 yang ingin melihat sendiri bagaimana penghasilan Cendawan Tiram Kelabu, Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy'). Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dicurah memberi semangat kepada pelajar2 tersebut yang mana pada masa ini 'makan gaji' bukan satu2nya target lepas dapat diploma @ ijazah.

Ahad, 23 September 2012

Promosi di Bachok, Kelantan

CEO WAFA SPORA BERSAMA MUNIF HIJJAZ

Alhamdulillah kami berpeluang mempromosikan produk seperti Cendawan Goreng menggunakan Tepung Tempura ('Ezy'), Tepung Tempura ('Ezy') dan Sos Cili Cendawan di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan sempena Karnival Astro Fiesta.

Ini juga memberi peluang bertemu dengan artis pujaan ramai iaitu Munif Hijjaz dan Black.
BEKAL SOS CILI CENDAWAN UNTUK BLACK

Rabu, 12 September 2012

Promosi Cendawan Segar & Sos Cili Cendawan

CREW TEGANU KITA DI WAFA SPORA

Alhamdulillah..telah selesai penggambaran rancangan Teganu Kita di tapak projek Wafa Spora. Slot yang memaparkan perkembangan usahawan cendawan di Terengganu ini akan disiarkan pada 25.10.2012 sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Peluang ini sangat2 berharga bagi mempromosikan Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') yang memerlukan pengedar di seluruh negara.

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar bolehlah menghubungi kami di talian 016 222 6695 @ 019 915 1147.

Sabtu, 26 Mei 2012

Kembar Sos Cili Cendawan


TEPUNG TEMPURA SERBAGUNA WAFA SPORA


Tepung Tempura ('Ezy') merupakan tepung gorengan serbaguna yang sangat mesra pengguna. Walaupun pada peringkat awal penghasilannya adalah untuk hanya menggoreng cendawan, namun terbukti ianya sesuai digunakan untuk menggoreng pelbagai jenis makanan seperti udang, sotong, ikan, tempe dan ubi kentang (wedges).

Cara penggunaannya sangat mudah tanpa perlu campuran air. Sekali cuba pasti terpesona dengan keenakkannya. 


Rabu, 15 Februari 2012

PRODUK BARU KELUARAN MUSLIM



Bismillahirrahmanirrahim...



Alhamdulillah hari ini 15/2/2012, terhasil lh satu lagi produk berasaskan cendawan keluaran Wafa Spora Enterprise iaitu Sos Cili Cendawan. Produk ini dihasilkan bagi memberikan masyarakat pemakanan yang berkhasiat & berkat untuk pemakanan seisi keluarga. Ia dihasilkan tanpa MSG & dijamin halalan toyyiban.