Rabu, 21 November 2012

Kejayaan Wafa Spora minggu ini


Alhamdulillah atas rezekiMu ya Allah..pekerja TNB bahagian meter yang sebelum ni tak pernah ambik peduli tentang rumah yg dia datang, hari ini datang semula untuk dapatkan bekalan Cendawan Tiram Kelabu segar....

Semalam dapat panggilan untuk book tarikh Kursus Asas Penanaman Cendawan, ada yang 
telefon untuk jadi dealer Sos Cili Cendawan yang sangat sedap & berkhasiat tu...Alhamdulillah..

Semangat untuk ke Train The Trainer  DrAzizan Osman pada Disember nanti semakin berkobar2 supaya aku dapat beri yang terbaik untuk peserta kursus Asas Penanaman Cendawan anjuran Wafa Spora nanti.

Info ttg produk Wafa Spora boleh didapati dalam www.wafaspora.my dan kedai online www.1nita.my.
SOS CILI CENDAWAN & TEPUNG TEMPURA SERBAGUNA KELUARAN WAFA SPORA

Jumaat, 16 November 2012

KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

WAFA SPORA ENTERPRISE akan menganjurkan KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN dari masa ke semasa untuk menambahkan bilangan pengusaha cendawan di Malaysia bagi memenuhi permintaan Cendawan Tiram Kelabu di Malaysia. Tarikh yang paling hampir adalah :-

Tarikh : 01 Disember 2012 (9.00 pagi - 5.00 petang)
Tempat : Wafa Spora Enterprise, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
Yuran : RM 150 seorang (diskaun 10% jika membawa kawan)
Tarikh tutup : 25 November 2012

Dalam Kursus Asas Penanaman Cendawan anjuran kami, peserta akan diajar secara praktikal bagaimana pembuatan beg media, kawalan penyakit, jagaan rumah cendawan dan banyak lagi.

Di akhir kursus, peserta akan diberikan Sijil Penyertaan dan beg media. Peserta juga boleh mendapatkan khidmat rundingan dan bimbingan dari masa ke semasa dari Wafa Spora Enterprise.


Berminat? Bertindak sekarang. Hubungi @ sms ke 016 222 6695 untuk tempahan tempat anda. Fast action, fast result. Terhegeh2 action, terhegeh2 result...

Khamis, 1 November 2012

Cendawan Goreng Rangup 'Ezy Style'

CENDAWAN GORENG WAFA SPORA


Cendawan yang digoreng menggunakan Tepung Tempura ('Ezy') sangat rangup dan lambat lemau (soogy). Adunan rempah2 terpilih dalam Tepung Tempura ('Ezy') memberikan raza yang sangat lazat kepada cendawan goreng. Ayam juga menjadi sangat lazat dengan penggunaan tepung kami ini. Untuk lebih lazat dan menyihatkan, gunakan Sos Cili Cendawan Wafa sebagai pencicah.

Selasa, 30 Oktober 2012

Sos Cili Cendawan - Satu Inovasi Baru

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang sentiasa mengurniakan limpah rahmatNya. Produk terbaru kami iaitu Sos Cili Cendawan telah mula memasuki pasaran dengan wajah baru yang begitu menarik. kami menyediakan dua jenis packaging iaitu botol 340 ml dan pitcher 2 kg. Dapatkan sos kami untuk menikmati kebaikan Cendawan Tiram Kelabu yang terkandung di dalamnya. Ianya telah berada di Sabasun Hyperruncit Kuala Terengganu dan Gong Badak dan semua rangkaian Kedai Runcit Permata Trading. Kami juga telah mempunyai wakil pengedar di Kuantan (Hjh Raidah : 019 914 4102) dan di Kemaman (Puan Lina : 013 951 1436 & Puan Osmawati : 010 911 6086).

SOS CILI CENDAWAN WAFA SPORA



Wafa Spora juga telah mempunyai 'page' di facebook. Sila lawati dan 'like'  www.facebook.com/wafaspora untuk info2 terkini kami.

Ahad, 30 September 2012

Lawatan Lagi....

 

 

 Lawatan dari bakal2 pesara Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa. Bagaikan mimpi lepas dapat panggilan dari pegawai LPP Kuala Terengganu. Walaupun lawatan mengejut, ternyata mereka semua teruja melihat seorang yang hanya berkelulusan SPM mampu memberi pendedahan tentang perusahaan cendawan dan produk hiliran seperti Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') sebagaimana yang mereka kehendaki. InsyaAllah dengan izin Allah, mungkin ada diantara yang akan melaksanakan perusahaan cendawan selepas persaraan. Semoga berjaya..

Sabtu, 29 September 2012

Lawatan Sambil Belajar


 

Lawatan dari para pelajar Fakulti Perakaunan Politeknik Hulu Terengganu pada 25.9.2012 yang ingin melihat sendiri bagaimana penghasilan Cendawan Tiram Kelabu, Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy'). Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dicurah memberi semangat kepada pelajar2 tersebut yang mana pada masa ini 'makan gaji' bukan satu2nya target lepas dapat diploma @ ijazah.

Ahad, 23 September 2012

Promosi di Bachok, Kelantan

CEO WAFA SPORA BERSAMA MUNIF HIJJAZ

Alhamdulillah kami berpeluang mempromosikan produk seperti Cendawan Goreng menggunakan Tepung Tempura ('Ezy'), Tepung Tempura ('Ezy') dan Sos Cili Cendawan di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan sempena Karnival Astro Fiesta.

Ini juga memberi peluang bertemu dengan artis pujaan ramai iaitu Munif Hijjaz dan Black.
BEKAL SOS CILI CENDAWAN UNTUK BLACK