Rabu, 2 Januari 2013

RESEPI SUP CENDAWAN




SUP CENDAWAN

Bahan-bahan :

1. Cendawan Segar 
2. Ayam – dipotong kecil 
3. Tomato 
4.  Bawang besar
5. Bawang putih 
6. Rempah sup 
7. Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

Cara Penyediaan :

Ayam dibersih dan direbus. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dimayang hingga naik bau. Masukkan ayam beserta air rebusan,  rempah sup,  garam dan sedikit gula @ serbuk perasa. Setelah mendidih masukkan CENDAWAN SEGAR  dan tomato. Padamkan api dan hidangan sedia untuk dihidangkan. 

Khamis, 20 Disember 2012

Popia Cendawan



Resepi eksklusif dari kami untuk anda. Popia Cendawan Frozen, mudah dan cepat disediakan. Boleh didapati di pasaraya Sabasun Hyperruncit Kuala Terengganu mulai hari ini. Disertakan sekali dengan Sos Cili Cendawan untuk kemudahan anda.


Rabu, 19 Disember 2012

Resepi dari Cendawan


Istimewa untuk peminat setia Cendawan Tiram Kelabu. Pelbagaikan kegunaannya untuk sentiasa mendapat khasiat Cendawan Tiram Kelabu yang begitu tinggi antioksidan. Cucur ini sesuai dihidang waktu makan petang dan dicicah bersama Sos Cili Cendawan.

Sabtu, 15 Disember 2012

Identiti Korporat

Alhamdulillah telah selesai Kursus Peningkatan Identiti Korporat di Cinta Sayang Resort, Sg. Petani anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Sepanjang 4 hari bermula 10 - 13hb Disember 2012, kami didedahkan bagaimana mewujudkan Manual Korporat yang mana ianya akan menjadi garis panduan pengendalian sesebuah syarikat.

Kami juga diajar untuk membentangkan Manual tersebut kepada audiance yang mana ini amat mencabar minda kami semua. Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan kerana menyediakan kursus yang sangat berguna ini. Terima kasih juga kepada SIRIM yang membantu menyediakan Manual Korporat yang sangat sempurna untuk Wafa Spora Enterprise yang bakal mengungguli perusahaan Cendawan seluruh Malaysia.

Semoga dengan adanya Manual Korporat ini, kami akan terus mengorak langkah tanpa menoleh lagi kebelakang dalam memasarkan produk kami -Cendawan Segar, Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura Serbaguna.

Jumaat, 7 Disember 2012

Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu

Ramai dikalangan masyarakat kini terutama masyarakat Melayu masih tidak tahu dan tidak didedahkan dengan kelebihan dan khasiat dari pemakanan Cendawan Tiram Kelabu.

Ramai yang masih beranggapan dengan pemakanan Cendawan akan mengakibatkan 'sakit urat'. Namun bagi masyarakat Cina dan India terutama golongan 'Vegetarian', cendawan menjadi bahan pengganti kepada protein.

Semoga dengan paparan kami ini akan membuka minda masyarakat tentang kepentingan pemakanan cendawan dan makanan yang dihasilkan dari cendawan.

Oleh sebab itulah kami terpanggil untuk membekalkan dan memperkenalkan Cendawan Tiram Kelabu dan produk berasaskan Cendawan Tiram Kelabu seperti Sos Cili Cendawan kepada masyarakat kini.

Kami juga menghasilkan Tepung Tempura Serbaguna bagi memudahkan masyarakat memasak sendiri Cendawan Tiram Kelabu. Namun ia juga dapat diguna juga untuk menggoreng pelbagai jenis makanan laut.

Ahad, 25 November 2012

Jumaat, 23 November 2012

Kursus Asas Penanaman Cendawan


Masih belum terlambat untuk bersama-sama kami berjaya menjadi Usahawan Cendawan.

Tarikh : 01 Disember 2012 (9.00 pagi - 5.00 petang)
Tempat : Wafa Spora Enterprise, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
Yuran : RM 150 seorang (diskaun 10% jika membawa kawan)
Tarikh tutup : 25 November 2012

Dalam Kursus Asas Penanaman Cendawan anjuran kami, peserta akan diajar secara praktikal bagaimana pembuatan beg media, kawalan penyakit, jagaan rumah cendawan dan banyak lagi.

Di akhir kursus, peserta akan diberikan Sijil Penyertaan dan beg media. Peserta juga boleh mendapatkan khidmat rundingan dan bimbingan dari masa ke semasa dari Wafa Spora Enterprise.


Berminat? Bertindak sekarang. Hubungi @ sms ke 016 222 6695 untuk tempahan tempat anda. Fast action, fast result. Terhegeh2 action, terhegeh2 result...