Jumaat, 7 Jun 2013

Kursus ke arah peningkatan ilmu

PENYAMPAIAN SIJIL OLEH TIMBALAN PENGARAH IAT - PUAN FARIDAH AINI
Selesai sudah Kursus Pelbagai Sos yang berlangsung di Pusat Pembangunan Produk IAT Jbtn Pertanian di Serdang, Selangor pada 4 - 6 Jun 2013. Banyak ilmu berkenaan pembuatan sos dan Akta Makanan yang dapat dipelajari dari tenaga pengajar yang sangat berkaliber iaitu Puan Norliza.
Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam memajukan syarikat..insyaAllah. Jutaan terima kasih juga kepada encik Arif (pembekal benih dari Bangi) dan encik Mirza (pembekal benih dari Kuala Selangor) yang sudi menjenguk dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam perusahaan cendawan. InsyaAllah ianya akan lebih memberi keyakinan dan kekuatan kepada Wafa Spora untuk terus membangunkan industri cendawan.

Jumaat, 10 Mei 2013

BAHAN BUANGAN BERGUNA

Alhamdulillah akhirnya berjaya merakam testimoni pokok pisang yang dibaja dengan beg media yang telah 'expired'. Ternyata pokok pisang tersebut sangat subur dan mengeluarkan buah yang lebat, besar dan boleh berbuah 3 pokok sekaligus.

Campuran habuk kayu, dedak dan kapur pertanian ternyata dapat  memulihkan tanah yang kontang @ berasid. Campuran ini dan akar cendawan yang dipotong sebelum dibungkus ternyata sesuai dijadikan baja kompos. Akar cendawan yang dipotong amat cepat kadar pereputannya.

Dengan sedikit kajian sudah pasti ianya dapat dijadikan baja kompos dan masalah pembuangan sisa beg media dpt diatasi.

Jumaat, 12 April 2013

Catatan Ilmu

Alhamdulillah..telah selesai kursus GMP dan Perakaunan anjuran LPP untuk Peladangnita di IPP Machang, Kelantan. Semoga Allah redha dengan ilmu yang diperolehi dan dapat diaplikasi dalam perniagaan

Catatan Ilmu


Selasa, 2 April 2013

KURSUS ASAS PENANAMAN CENDAWAN


PESERTA SEDANG MENYUNTIK BENIH
Wow!! Lama benar tak jenguk blog. Terima kasih kepada yang sentiasa setia dan sudi mengikuti dan menyokong blog ini.

Assalamualaikum semua..sebagaimana yang tergambar dalam foto di atas, ini adalah antara peserta kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di Wafa Spora pada 28 Mac 2013 baru2 ini. Alhamdulillah ianya berjalan dengan sangat lancar. Semoga semua peserta beroleh ilmu yang berguna dalam usaha mengembangkan lagi industri cendawan Malaysia.

Jika anda juga berminat untuk mengikuti kursus seperti ini, bolehlah menghubungi 016 222 6695 (Puan Naimah) @ 019 9151147 (En Fauzi) untuk pengesahan tarikh dan bayaran. Penyertaan secara berkumpulan amat dialu-alukan dan diskaun percuma menanti anda!!

Isnin, 11 Februari 2013

REZEKI DI BULAN FEBRUARI

Alhamdulillah sempena Tahun Melawat Trg 2013, satu karnival di Taman Tamadun Islam telah membawa paradigma baru dalam bisnes cendawan goreng. Sambutan yang begitu memberangsangkan dari pengunjung dari luar Terengganu. Rezeki sangat murah di sini...syukur padaMu ya Allah.

Rabu, 2 Januari 2013

RESEPI SUP CENDAWAN




SUP CENDAWAN

Bahan-bahan :

1. Cendawan Segar 
2. Ayam – dipotong kecil 
3. Tomato 
4.  Bawang besar
5. Bawang putih 
6. Rempah sup 
7. Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

Cara Penyediaan :

Ayam dibersih dan direbus. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dimayang hingga naik bau. Masukkan ayam beserta air rebusan,  rempah sup,  garam dan sedikit gula @ serbuk perasa. Setelah mendidih masukkan CENDAWAN SEGAR  dan tomato. Padamkan api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.