Ahad, 1 November 2015
Sabtu, 31 Oktober 2015
PERTANIAN BANDAR
Bismillahirrahmanirrahim..
Pertanian bandar..bagaimana mengaplikasikan cendawan dalam pertanian bandar? Kit Cendawan..itulah jawapan yang paling tepat. Kini sesiapa sahaja boleh menanam dan meihat cendawan membesar dalam rumah sendiri.
Dalam masa 7 hari dari tarikh beg 'dilukakan', anda akan dapat menikmati cendawan segar dalam masakan anda..mudah kan??
Rabu, 30 September 2015
TIPS MENGHASILKAN CENDAWAN GORENG YANG SEMPURNA
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..
Lama benar rasanya tak jenguk blog..maaf ye semua.
Selalu orang bertanya dan bersungut kenapa cendawan yang digoreng sendiri di rumah tidak seRANGUP cendawan goreng kami.
Hari ini saya nak kongsi Tips Bagaimana Nak Hasilkan Cendawan Goreng yang Sempurna sebagaimana yang saya janjikan dalam FB saya.
Dah sedia??
Ok..beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum anda menggoreng cendawan @ apa sahaja makanan bergoreng iaitu :-
i) ALATAN MENGGORENG
Alatan yang paling sesuai untuk menggoreng cendawan di rumah adalah periuk kaca @
apa sahaja alatan yang mengekalkan haba. Ini kerana suhu api dapur gas di rumah tidak
sama dengan suhu api dapur 'high pressure' yang banyak diguna oleh pengusaha2
makanan bergoreng. Selain itu, 'deep fryer' juga amat sesuai kerana kita boleh kawal
suhu minyak dalam 'deep fryer'.
ii) MINYAK
Dulu, saya pun hairan kenapa ayam goreng KFC tidak sama dengan ayam yang digoreng
di rumah walaupun kita dah guna tepung goreng KFC.Kuantiti minyak juga memainkan
peranan penting. Ini kerana kuantiti minyak yang banyak akan menjadikan makanan
bergoreng tenggelam dalam minyak dan masak dengan sempurna juga RANGUP.
JANGAN KEDEKUT MINYAK !!
Suhu minyak juga perlu diambil perhatian, pastikan minyak betul2 panas baru lah
dimasukkan cendawan @ makanan yang telah disalut tepung.
iii) CARA MENGGORENG
Dalam penyediaan cendawan goreng WAFA, tepung kami tidak perlu dicampur air.
Cendawan sahaja yang perlu dicucur dengan air lalu, tos dan kemudian goncang
dengan Tepung Goreng Serbaguna dalam bekas bertutup. Ini penting supaya tepung
rata menyeliputi cendawan.
Setelah dimasukkan ke dalam minyak yang telah betul2 panas, jangan balik-balikkan
cendawan. Tunggu hingga sebelah garing dan tepung telah betul2 melekap baru la
boleh dibalikkan.
**TIPS TAMBAHAN**
Tepung yang tidak perlu campuran air adalah yang terbaik untuk menggoreng cendawan dan menghasilkan cendawan yang RANGUP kerana kandungan air dalam cendawan yang telah sedia banyak akan bertambah banyak bila menyerap air dari 'batter'.
Tepung Goreng Serbaguna keluaran kami mengambil kira kemahiran ibu2 bekerja dalam menyediakan 'batter' untuk makanan bergoreng. Oleh itu, kami menawarkan tepung yang sangat mesra pengguna dan sangat mudah digunakan - HANYA TUANG & GONCANG.
Akhir kata, kami berharap tips yang diberi membantu anda menjadi Chef Kesayangan Keluarga.
Selamat Mencuba..
WAN NAIMAH
CEO Wafa Spora Enterprise
Ahad, 22 Mac 2015
UPDATE TENTANG KAMI
ALHAMDULILLAH..Percubaan benih baru Vigor 15 berjaya. Semoga ini memberi perkembangan positif buat kami yang bakal mengembangkan operasi sebelum Ramadhan tahun ini. InshaAllah..semoga dipermudahkan Allah
Lokasi: Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
Marang, Terengganu, Malaysia
Sabtu, 28 Februari 2015
Jumaat, 10 Oktober 2014
FREEZY FRY MUSHROOM
Cendawan goreng yang disejuk beku. Sangat mudah untuk dinikmati. Nyahbeku, grg 10 saat dan hidang..nikmati cendawan goreng panas dirumah bersama keluarga
Khamis, 9 Oktober 2014
SOS CILI CENDAWAN
Bismillahirrahmanirrahim..lama sungguh tak update perkembangan tentang Wafa Spora. Post terakhir bulan April, bulan di mana bermula kesibukan menyiapkan Rancangan Perniagaan untuk pertandingan 'Rural Business Challenge'. Alhamdulillah segala usaha, penat lelah dan sokongan suami tidak sia-sia, Wafa Spora telah berjaya ke peringkat akhir pada 5 September baru-baru ini.
Sekarang, cuma tunggu keputusan sahaja, semoga Allah memberi sinar kejayaan buat kami..InshaAllah.
Terkini, Sos Cili Cendawan yang semakin diminati mendapat tempat istimewa dihati pegawai Yayasan Diraja Sultan Mizan. Sos Cili Cendawan serta Tepung Goreng Serbaguna keluaran Wafa Spora akan dijadikan produk dalam hamper YDSM..Alhamdulillah..segala kesyukuran hanya buatMu ya Allah...
Sekarang, cuma tunggu keputusan sahaja, semoga Allah memberi sinar kejayaan buat kami..InshaAllah.
Terkini, Sos Cili Cendawan yang semakin diminati mendapat tempat istimewa dihati pegawai Yayasan Diraja Sultan Mizan. Sos Cili Cendawan serta Tepung Goreng Serbaguna keluaran Wafa Spora akan dijadikan produk dalam hamper YDSM..Alhamdulillah..segala kesyukuran hanya buatMu ya Allah...
Langgan:
Catatan (Atom)





