Selasa, 13 Oktober 2009

CERITA LEPAS RAYA

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah dengan izin Allah, bangsal A telah berjaya dipindahkan pada 02/10 yang lalu dengan bantuan orang-orang kampung dan telah siap dibaik pulih pada 07/10.
Semalam, sebanyak 2,000 beg media baru bersama 'steamer' yang dibeli dari Desa Spora telah selamat tiba dengan lori Jab. Pertanian telah selamat sampai. Semoga beg media baru ini tidak mendatangkan banyak masalah sebagaimana yang 1,000 baru-baru ini yang diserang teruk oleh 'lady bird' hingga menyebabkan lebih 30 beg di buang dan hasil yang keluar 'dihuni' oleh ulat dan tidak dapat dipasarkan.
Insyaallah Wafaspora akan kembali membuat beg media sendiri awal tahun hadapan. Seorang pekerja lelaki akan diambil bagi melaksanakan kerja-kerja membancuh. Satu lagi bangsal utk menempatkan 'steamer', bilik suntik dan tempat membancuh habuk kayu akan dibina selepas kerja-kerja mendirikan rumah baru selesai.
Lawatan ke Kedah yang dianjurkan oleh Jab. Pertanian tidak dapat disertai kerana anakku yang berusia 1 1/2 tahun masih menyusu badan dan tempatku diganti oleh suamiku. Semoga dia pulang membawa info2 berguna untuk kami memajukan lagi perniagaan kami. Wassalam.

Rabu, 26 Ogos 2009

PERKEMBANGAN TERBARU

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama tak update blog, sibuk katakan. Alhamdulillah pada 19hb Ogos lalu sebanyak 1,000 lagi beg media telah dibeli dari Desa Spora (Lutfi) menjadikan jumlah kesemua bongkah ialah 4,000. Ini untuk menggantikan beg media yang dibeli pada bulan Mac yang semakin banyak rosak.

Bila membaca tentang kejayaan pengusaha-pengusaha cendawan lain seperti Chini-Agro, Permai Desa, Genting Permai Resources dan Cendawan Timur, semangat berkobar2 untuk terus maju dan membesarkan lagi perusahaan cendawanku. Tapi masalahku ialah modal, harap2 pihak Tekun dapat memproses cepat permohonanku.

Banyak tunjuk ajar yang diperolehi bila dapat berhubung dengan pengusaha-pengusaha cendawan yang telah lama terjun di bidang ini. Alhamdulillah mereka semua tidak lokek ilmu dan bersedia memberi tunjuk ajar kepadaku. Semoga ini akan berterusan, Amin....

Khamis, 14 Mei 2009

BISNES LEPAS VSS




Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim,




Bermula dengan 500 beg media yang dibeli dari Kompleks Pertanian Ajil, kini penanaman cendawanku makin berkembang. Kini aku memiliki 2 bangsal berukuran 20 x 18 dan 20 x 10 dan beg media sebanyak 3000 beg yang dibeli di Desa Spora, Paloh.




Oleh kerana percubaan untuk membuat sendiri bongkah masih tidak direlisasikan oleh kerana kesuntukan masa dan peratusan yang rosak agak mengecewakan, aku dan suami lebih senang membeli bongkah yang telah matang pada harga RM1.40 satu.




Namun, aku tetap berazam satu hari nanti kami akan membuat semula bongkah kerana ianya dapat lebih menjimatkan kos.

Isnin, 11 Mei 2009

PROJEK CENDAWAN

Bismillahhirrahmanirrahim... dengan izin Allah akhirnya hasratku untuk mempunyai blog sendiri mengenai projek cendawanku yang telah kumulakan pada 20.08.2008 tercapai. Syukur Alhamdulillah.


Setelah 13 tahun makan gaji dan mempunyai 4 orang cahayamata, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak2 dan rumahtangga. Tetapi masalah yang mungkin timbul ialah masalah kewangan oleh kerana gaji suamiku tidaklah seberapa. Oleh kerana itu, bagi membantu suami dan menaikkan taraf kewangan keluarga dan diriku, aku mengambil keputusan untuk menjadi petani.


Mestinya diri yang telah 13 tahun bekerja dalam hawa dingin tidak akan tahan dengan bahang panas matahari, lalu aku mengambil keputusan untuk menanam Cendawan Tiram Kelabu. Penanaman ini tidak memerlukan aku berada di tengah panas kerana ia di tanam dalam bangsal.


Pada 30.08.2008, aku telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu selama 3 hari bagi mengaplikasikan impianku untuk bergelar Usahawan Tani.