Khamis, 14 Mei 2009

BISNES LEPAS VSS




Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim,




Bermula dengan 500 beg media yang dibeli dari Kompleks Pertanian Ajil, kini penanaman cendawanku makin berkembang. Kini aku memiliki 2 bangsal berukuran 20 x 18 dan 20 x 10 dan beg media sebanyak 3000 beg yang dibeli di Desa Spora, Paloh.




Oleh kerana percubaan untuk membuat sendiri bongkah masih tidak direlisasikan oleh kerana kesuntukan masa dan peratusan yang rosak agak mengecewakan, aku dan suami lebih senang membeli bongkah yang telah matang pada harga RM1.40 satu.




Namun, aku tetap berazam satu hari nanti kami akan membuat semula bongkah kerana ianya dapat lebih menjimatkan kos.

Isnin, 11 Mei 2009

PROJEK CENDAWAN

Bismillahhirrahmanirrahim... dengan izin Allah akhirnya hasratku untuk mempunyai blog sendiri mengenai projek cendawanku yang telah kumulakan pada 20.08.2008 tercapai. Syukur Alhamdulillah.


Setelah 13 tahun makan gaji dan mempunyai 4 orang cahayamata, aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak2 dan rumahtangga. Tetapi masalah yang mungkin timbul ialah masalah kewangan oleh kerana gaji suamiku tidaklah seberapa. Oleh kerana itu, bagi membantu suami dan menaikkan taraf kewangan keluarga dan diriku, aku mengambil keputusan untuk menjadi petani.


Mestinya diri yang telah 13 tahun bekerja dalam hawa dingin tidak akan tahan dengan bahang panas matahari, lalu aku mengambil keputusan untuk menanam Cendawan Tiram Kelabu. Penanaman ini tidak memerlukan aku berada di tengah panas kerana ia di tanam dalam bangsal.


Pada 30.08.2008, aku telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu selama 3 hari bagi mengaplikasikan impianku untuk bergelar Usahawan Tani.