Sabtu, 27 Februari 2010

CABARAN MUSIM PANAS

Bongkah-bongkah yang dibeli dari Cendawan Timur pada 19/1/2010 tempohari telah mula mengeluarkan hasil tetapi kurang memuaskan disebabkan oleh faktor cuaca. Cendawan yang baru keluar menjadi kering sebelum sempat membesar. Hasil yang sepatutnya dapat dikutip dalam 5 - 7 kg sehari hanya dapat 2 - 3 kg sahaja. Bukan di tempatku sahaja mengalami masalah ini tetapi masalah yang sama menimpa pengusaha di Pahang dan mungkin di seluruh Semenanjung Malaysia.

Satu pendekatan terpaksa di ambil iaitu dengan menempatkan 2 unit 'water sprinkle' dalam bangsal untuk menurunkan suhu dalam bangsal yang mencecah 32 - 33C.

Bangsal pemprosesan masih tidak siap dan cita-cita untuk mula membuat bongkah sendiri pada awal Mac nampaknya tidak kesampaian dan bongkah-bongkah perlu dibeli lagi untuk menampung pengeluaran. Tempahan telah dibuat dengan Cendawan Timur sebanyak 2,000 bongkah untuk hasil hujung Mac.