Assalamualaikum,
Kita hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. Perancangan untuk mula membuat bongkah sendiri yang dijangka pada pertengahan April terpaksa ditunda kerana ketiadaan bahan2 dan pemergianku ke Universiti Malaya untuk menyertai AGM MMRA pada 24/4/2010. Banyak pengetahuan yang dapat ditimba dari otai2 cendawan yang menyertai AGM tersebut. Kesempatan yang ada tidak disia-siakan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan cendawan terutama dari kak Zainon & kak Sinona dari GPR Resources, Shila (FAF) dan yang lain2nya. Terima kasih yang tidak terhingga...
Dan akhirnya...pada tanggal 30/4/2010, impian untuk membuat bongkah sendiri telah terlaksana. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan memberi galakan kepadaku untuk terus berusaha dan tidak lagi menoleh ke belakang, terutama suamiku yang sanggup menolak tawaran OT demi menjayakan misi membuat bongkah. Sehingga catatan ini dibuat, sebanyak 1,053 bongkah telah disuntik benih manakala 580 lagi dalam proses penyejukan. Alhamdulillah...
Satu perkara lagi yang amat mengujakan ialah pada tanggal 05/05/2010, Tn Haji Amran iaitu orang no. 1 di Jbtn Pertanian Daerah Marang bersama 2 orang pegawai beliau telah sudi singgah dan meninjau ke tempatku. Alhamdulillah...ini merupakan petanda yang baik di mana pihak Jabatan telah merestui usahaku selama 2 tahun ini.