Ahad, 30 September 2012

Lawatan Lagi....

 

 

 Lawatan dari bakal2 pesara Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa. Bagaikan mimpi lepas dapat panggilan dari pegawai LPP Kuala Terengganu. Walaupun lawatan mengejut, ternyata mereka semua teruja melihat seorang yang hanya berkelulusan SPM mampu memberi pendedahan tentang perusahaan cendawan dan produk hiliran seperti Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') sebagaimana yang mereka kehendaki. InsyaAllah dengan izin Allah, mungkin ada diantara yang akan melaksanakan perusahaan cendawan selepas persaraan. Semoga berjaya..

Sabtu, 29 September 2012

Lawatan Sambil Belajar


 

Lawatan dari para pelajar Fakulti Perakaunan Politeknik Hulu Terengganu pada 25.9.2012 yang ingin melihat sendiri bagaimana penghasilan Cendawan Tiram Kelabu, Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy'). Semoga sedikit sebanyak ilmu yang dicurah memberi semangat kepada pelajar2 tersebut yang mana pada masa ini 'makan gaji' bukan satu2nya target lepas dapat diploma @ ijazah.

Ahad, 23 September 2012

Promosi di Bachok, Kelantan

CEO WAFA SPORA BERSAMA MUNIF HIJJAZ

Alhamdulillah kami berpeluang mempromosikan produk seperti Cendawan Goreng menggunakan Tepung Tempura ('Ezy'), Tepung Tempura ('Ezy') dan Sos Cili Cendawan di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan sempena Karnival Astro Fiesta.

Ini juga memberi peluang bertemu dengan artis pujaan ramai iaitu Munif Hijjaz dan Black.
BEKAL SOS CILI CENDAWAN UNTUK BLACK

Rabu, 12 September 2012

Promosi Cendawan Segar & Sos Cili Cendawan

CREW TEGANU KITA DI WAFA SPORA

Alhamdulillah..telah selesai penggambaran rancangan Teganu Kita di tapak projek Wafa Spora. Slot yang memaparkan perkembangan usahawan cendawan di Terengganu ini akan disiarkan pada 25.10.2012 sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Peluang ini sangat2 berharga bagi mempromosikan Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura ('Ezy') yang memerlukan pengedar di seluruh negara.

Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar bolehlah menghubungi kami di talian 016 222 6695 @ 019 915 1147.