Cendawan Tiram Kelabu 150g
Air rebusan ayam 1 liter (1 paha ayam)
Marjerin 50g
Tepung gandum 50g
Batang cellery 60g (hiris nipis)
Lobak merah 60g (potong dadu)
Bawang besar Holland 1 labu
Kiub pati ayam 1 ketul
Minyak jagung 1 sudu besar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Kaedah memasak :-
Bahagi 2 cendawan. 1 bahagian dikukus selama 2 minit kemudian dikisar. Sebahagian lagi dipotong halus
Cairkan marjerin, masukkan tepung gandum dan kacau sampai kering, sejukkan. Campuran ini dinamakan 'roux'.
Paha ayam direbus, campurkan dengan 'roux' dan kacau rata
Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan lobak merah dan tumis sebentar
Masukkan batang cellery diikuti cendawan yg dipotong
Kacau stok ayam yg bercampur 'roux' dan masukkan ke dalam periuk. Kacau rata2.
Masukkan kisaran cendawan, kiub pati ayam, garam dan lada sulah
Kacau hingga mendidih dan tutup api.