Isnin, 26 Julai 2010

PRODUK BARU WAFA SPORA







Bismillahirrahmanirrahim....rentetan daripada pengeluaran cendawan yang banyak pada 18hb, Wafa Spora melangkah ke satu era baru iaitu penghasilan produk baru yang telah lama diidamkan yang diberi nama 'Cendawan Tempura'. Ia adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu. Ianya merupakan cendawan yang telah disadur dengan tepung Tempura dan dibekukan. Ia hanya perlu dibiarkan seketika pada suhu bilik untuk mencairkan ais, digoreng dan boleh terus dihidangkan. LAZAT & CEPAT, tidak perlu beratur panjang untuk membeli cendawan goreng di gerai goreng pisang...
Wafa Spora telah mula mempromosikan produk ini di kawasan sekitar pekan Wakaf Tapai dan 'feed back' yang diperolehi amat memberangsangkan. Dengan izin Allah semoga produk ini akan terus diterima oleh masyarakat...insyaallah. Usaha mempromosikan produk ini akan dilipatgandakan ke seluruh daerah Marang dan Kuala Terengganu bagi memperkenalkan produk ini kepada semua.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Sinona yang banyak memberi inspirasi kepada saya sehingga terhasilnya produk ini...

PEMBESARAN PROJEK CENDAWAN




Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran serta izin Allah swt, akhirnya Jabatan Pertanian telah menyalurkan bantuan dalam bentuk barang2 binaan untuk sebuah bangsal berukuran 20 X 14 serta sebuah 'mixer' bagi melicinkan lagi proses membuat bongkah. Pembinaan akan dimulakan dalam tempoh 1 minggu lagi manakala 'mixer' yang ditempah dari FAF akan tiba tidak lama lagi. Insyaallah dengan bantuan yang disalurkan, pengeluaran akan dapat ditingkatkan dan permintaan dari pelanggan dapat dipenuhi dan penghasilan produk baru iaitu 'CENDAWAN TEMPURA' (original dan spicy) yang mula dipromosikan pada 21/7/2010 baru2 ini tidak akan tergendala



Tapak cadangan pembinaan bangsal. Berderet selepas bangsal A & B









Selasa, 6 Julai 2010

PERNIAGAAN BARU




Assalamualaikum,
Makin seronok berniaga.. Setelah 2 tahun lebih menceburi penanaman cendawan saya menceburi 1 lagi bidang perniagaan iaitu EMAS. Tanpa kita sedari rupanya emas merupakan pelaburan paling menguntungkan masakini. Apa tidaknya kenaikan emas yang dicatat 5 tahun kebelakangan ini adalah sebanyak 38%. Tidakkah ia sesuatu yang menguntungkan berbanding mana2 dana pelaburan?
EMAS juga sebagai penyimpan kekayaan, simbol kekayaan. Apa tidaknya, emas akan sentiasa dibeli tidak kira berapapun harganya. Ia diterima di seluruh dunia, seluruh dunia mengakui betapa bernilainya emas. Apa tidaknya, rakyat Kemboja yang melarikan diri dari perang di negara mereka membawa bersama EMAS dan kebanyakan dari mereka sekarang telah menjadi peniaga yang berjaya di sini. Mereka tidak membawa matawang mereka -Dong yang sudah pasti tidak dapat diperlakukan di lain2 negara selain Kemboja.
Contoh lain ialah syiling seringgit yang satu masa dahulu kita gunakan sudah tidak bernilai apabila BNM mengumumkan pemansuhan dari pasaran. Berlainan dengan matawang yang dibuat dari emas seperti matawang Turki 2600 tahun dahulu masih bernilai walaupun kita menemuinya sekarang kerana ia EMAS.