Alhamdulillah telah selesai Kursus Peningkatan Identiti Korporat di Cinta Sayang Resort, Sg. Petani anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Sepanjang 4 hari bermula 10 - 13hb Disember 2012, kami didedahkan bagaimana mewujudkan Manual Korporat yang mana ianya akan menjadi garis panduan pengendalian sesebuah syarikat.
Kami juga diajar untuk membentangkan Manual tersebut kepada audiance yang mana ini amat mencabar minda kami semua. Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan kerana menyediakan kursus yang sangat berguna ini. Terima kasih juga kepada SIRIM yang membantu menyediakan Manual Korporat yang sangat sempurna untuk Wafa Spora Enterprise yang bakal mengungguli perusahaan Cendawan seluruh Malaysia.
Semoga dengan adanya Manual Korporat ini, kami akan terus mengorak langkah tanpa menoleh lagi kebelakang dalam memasarkan produk kami -Cendawan Segar, Sos Cili Cendawan dan Tepung Tempura Serbaguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan