Ramai dikalangan masyarakat kini terutama masyarakat Melayu masih tidak tahu dan tidak didedahkan dengan kelebihan dan khasiat dari pemakanan Cendawan Tiram Kelabu.
Ramai yang masih beranggapan dengan pemakanan Cendawan akan mengakibatkan 'sakit urat'. Namun bagi masyarakat Cina dan India terutama golongan 'Vegetarian', cendawan menjadi bahan pengganti kepada protein.
Semoga dengan paparan kami ini akan membuka minda masyarakat tentang kepentingan pemakanan cendawan dan makanan yang dihasilkan dari cendawan.
Oleh sebab itulah kami terpanggil untuk membekalkan dan memperkenalkan Cendawan Tiram Kelabu dan produk berasaskan Cendawan Tiram Kelabu seperti Sos Cili Cendawan kepada masyarakat kini.
Kami juga menghasilkan Tepung Tempura Serbaguna bagi memudahkan masyarakat memasak sendiri Cendawan Tiram Kelabu. Namun ia juga dapat diguna juga untuk menggoreng pelbagai jenis makanan laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan